Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tiada BR1M jika Pakatan memerintah

 | March 14, 2013

Ahli Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian 'one-off' seumpama itu tidak ada dalam rangka pelan ekonomi mereka.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sekiranya memegang pemerintahan pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU1 3).

Ahli Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian ‘one-off’ seumpama itu tidak ada dalam rangka pelan ekonomi mereka.

Namun menurut Dzulkefly, itu tidak bermakna Pakatan tidak mampu memberikan ‘hadiah’ yang bersifat jangka pendek kepada rakyat. Sebaliknya mahu menumpukan kepentingan usaha untuk meningkatkan keupayaan boleh berbelanja rakyat dengan menurunkan kos sara hidup dan meningkatkan taraf pendapatan terlebih dahulu.

Beliau berkata, dengan cara itu kerajaan Pakatan akan memperoleh bajet surplus berbanding bajet defisit yang dialami negara selama 14 tahun hasil urus tadbir kewangan dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita boleh beri lebih besar dari BR1M namun dengan syarat kerajaan berjaya mempamerkan pentadbiran kewangan dengan baik, bebas rasuah serta bebas ketirisan.

“Kalau pada setiap hujung tahun kewangan ada banyak penjimatan kita tidak ada masalah untuk kembalikan semula keuntungan kepada rakyat dan kemudian kita akan bagi dalam bentuk hadiah yang lebih kreatif dan bukannya BR1M,” katanya kepada FMT.

Beliau  juga yakin mampu mempertahankan semula kerusi parlimen Kuala Selangor.

Dr Dzulkefly hadir dalam  Forum Manifesto Rakyat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tang turut dihadiri Pengarah Strategi PKR Rafizi Rakyat serta Pakar Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming.

`Tidak boleh ikut BN’

Berbeza dengan BN, beliau menegaskan bukan dasar ekonomi Pakatan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan hutang negara yang bakal ditanggung
dalam jangka masa panjang.

“Pendekatan kita berbeza. Tak bolehlah nak ikut sama seperti apa yang BN dah buat,” katanya.

Katanya, seperti dalam Manifesto Pakatan juga ada menawarkan program ekonomi bersifat kebajikan kepada golongan berpendapatan rendah seperti bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan kepada RM550 serta pemberian caruman RM50 setiap bulan kepada golongan suri rumah yang layak.

Selain itu, Skim Bonus Warga Emas sebanyak RM1,000 setiap tahun juga akan diberikan kepada golongan berumur 60 tahun keatas.

Sementara itu, beliau menyatakan keraguan pemberian BR1M hanya taktik BN meraih sokongan undi untuk meneruskan hayat mereka selepas PRU nanti.

“Saya yakin kalau BN menang nanti dia akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana itu sudah disebut dalam Bajet 2013 lalu,” katanya

Sementara itu, Rafizi dalam ucapannya berkata Manifesto Pakatan Rakyat merupakan satu tawaran yang akan dijanjikan pelaksanaannya secara berperingkat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments