Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mawan sedia tanding Parlimen Saratok

 | March 29, 2013

Beliau tidak menolak untuk bertanding di Parlimen Saratok jika dicalonkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi BN itu.

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan ak Ikom bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya dicalonkan untuk kerusi  Parlimen Saratok.

Jelasnya, beliau tidak menolak untuk bertanding di Parlimen Saratok jika dicalonkan oleh pucuk pimpinan Parti Barisan Nasional (BN) iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan kerusi BN itu.

“Kita serahkan segala keputusan kepada Perdana Menteri untuk mencalonkan wakil rakyat yang diyakini mampu menang. Saya tidak menolak keputusan Perdana Menteri sekiranya beliau mencalonkan nama saya untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Geran kepada 45 buah Persatuan Sukan dan enam Persatuan Belia di Dewan Suarah di sini.

Kerusi Parlimen Saratok kini disandang oleh ahli parti SPDP iaitu Jelaing Mersat yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

Sejak kebelakangan ini, khabar angin kuat mengatakan bahawa Mawan yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Pembangunan Sosial berkemungkinan disenaraikan untuk bertanding di Parlimen Saratok bagi mempertahankan kerusi tersebut daripada pihak lawan.

Bagaimanapun, beliau berharap agar setiap ahli dalam parti tidak membuat keputusan sendiri mengenai penamaan calon untuk PRU13 dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

“Saya tidak akan mengubah sebarang keputusan Perdana Menteri demi kepentingan parti dan sebagai komponen BN yang setia kepada pemimpin,” jelasnya.

Sebagai Presiden SPDP, beliau menjamin akan memberi kerjasama kepada setiap ahli dalam parti untuk memastikan calon yang lemah menjadi kuat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments