Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

BN umum calon awal daripada biasa – Najib

April 4, 2013

Pengumuman lebih awal akan memberi tempoh kepada bakal calon untuk membuat persiapan.

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diumumkan lebih awal daripada biasa bagi memberi
tempoh kepada bakal calon untuk membuat persiapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN kini menunggu pengumuman tarikh hari penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan bila nama calon akan diumumkan.

“Kita menunggu hari penamaan calon untuk memberitahu bila nama-nama calon kita akan diumumkan. Kita akan umumkan lebih awal daripada biasa untuk memberi tempoh kepada bakal-bakal calon membuat segala persiapan termasuk pengenalan diri dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata pengumuman calon yang dibuat lebih awal memberikan lebih masa untuk calon memperkenalkan diri.

“Di samping itu ada masa untuk BN perhatikan reaksi kepada calon-calon kita seperti apa perkara yang harus dilakukan sekiranya timbul sebarang masalah dan sebagainya,” jelas Najib.

Ditanya mengenai peratus muka baharu dalam senarai calon PRU-13 kali ini, Perdana Menteri hanya menjawab: “Tunggu pengumuman nanti.”

“Saya tidak mahu menggambarkan tapi perubahan tetap akan berlaku. Kalau saya cerita semua tidak adalah surprise (kejutan) nanti. It is important to have element of surprise. (Penting untuk mempunyai elemen kejutan),” kata beliau.

- Bernama

Tags: Pilihan Raya Umum ke 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional,


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments