Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tian Chua dilarang masuk ke Sabah

 | April 7, 2013

Naib Presiden PKR itu dipercayai ditahan berikutan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini dilarang masuk ke Sabah ketika mendarat di Kota Kinabalu jam 11.05 pagi tadi,  demikian menurut satu kenyataan media parti itu.

Para pegawai Imigresen Sabah menahan beliau di pintu masuk dan memberitahunya bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan surat  arahan melarang beliau masuk ke Sabah.

Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu dipercayai telah meninggalkan negeri itu selepas itu.

Pihak Imigresen dipercayai mendapat arahan itu daripada pihak atasan atau lebih tepat kerajaan pusat di bawah Umno-Barisan Nasional  berhubung dengan kenyataan Tian Chua mengenai serangan pengganas ke atas Lahad Datu.

Tian Chua dilaporkan mendakwa peristiwa Lahad Datu adalah merupakan satu sandiwara Umno.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments