Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Nik Aziz kekal MB Kelantan?

 | April 9, 2013

PAS memberi bayangan bahawa beliau akan dikekalkan sebagai MB kerana beliau akan mempertahankan kerusi DUN Cempaka.

UPDATED

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Chempaka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Nik Aziz, 82, pemimpin politik paling veteran dijangka akan dikekalkan sebagai Menteri Besar jika PAS terus mendapat mandat di  Kelantan.

Ini kerana calon pilihan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa akan menumpukan usaha menawan Parlimen Putrajaya menentang  Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Husam dalam sidang media berkata beliau akan terus memikul amanat daripada parti walaupun mengakui peluang sukar di Putrajaya apabila terpaksa berhadapan dengan calon ‘gergasi’ Barisan Nasional (BN) .

Katanya, sebagai calon ‘payung terjun’ beliau akan terus komited bagi memastikan kerusi Parlimen Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

“Saya gembira kerana penduduk Putrajaya anggap saya calon sesuai.

“Walaupun sukar, namun kerusi ni penting kerana impian menawan Putrajaya tidak bermakna jika kerusi Parlimen kawasan itu kita tak pegang.

“Nasihat saya kepada ahli PAS supaya tiada bendera parti dan poster berlebihan di jalan utama…kena hormat Putrajaya sebagai kota berprotokol.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata penghijrahannya dari Parlimen Kubang Kerian ke Pulai membuktikan penyokong PAS kini sudah bersikap terbuka menerima sesiapa calon parti.

Katanya, dengan sekembalinya beliau ke negeri kelahirannya bagi membawa misi untuk memastikan Johor sebagai penyumbang terbesar jumlah sebanyak 12 kerusi Parlimen Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat menyasarkan 15 kerusi Parlimen di Kedah sekaligus mengekalkan pentadbiran negeri selepas PRU13.

Bagi Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pula, percubaannya untuk mendapat kerusi Pendang bukan perkara biasa kerana beliau sudah lapan kali bertanding dalam PRU.

“Kita harap Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang akan berada di bawah Pakatan…saya yakin kalau tiada masalah maka beralihlah kerajaan kali ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments