Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PRU13: Hadi sah pertahan Marang

 | April 9, 2013

Timbalannya Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang.

FULL REPORT

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang manakala timbalannya  Mohamad Sabu akan bertanding di Pendang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Sementara tiga Naib Presiden PAS; Datuk Mahfuz Omar kekal pertahankan kerusi Pokok Sena, Salahuddin Ayub bagi kerusi Parlimen Pulai, Johor, serta Datuk Husam Musa di Parlimen Putrajaya.

Turut diumumkan tiga muka baru; bekas Jabatan Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari yang akan bertanding di Parlimen Larut, Perak.

Selain itu, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Terengganu (Amanah) Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, serta penyanyi popular 90-an Wan Aishah Wan Ariffin bagi Parlimen Jempol.

Perkara itu diumumkan Abdul Hadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi PAS Pusat selama lima jam di Pejabat Agung PAS Pusat di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula ketika ditanya enggan menjawab persoalan sama ada beliau akan bertanding berikutan  khabar angin yang mengatakan beliau tidak akan turut serta dalam PRU13 kerana masalah kesihatan.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata senarai calon kerusi Parlimen akan diumumkan secara berperingkat manakala tanggungjawab  pengumuman calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diserahkannya kepada Pesuruhjaya PAS setiap negeri.

Beliau juga yakin PAS mampu menyelesaikan masalah pertindihan kerusi termasuk kawasan Parlimen Setiawangsa dan Labuan antara  PKR dan DAP dalam masa terdekat.

“PAS masih kekal dengan status quo 76 kerusi Parlimen dan 230 kerusi DUN,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments