Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

`Kami akan rampas 6 atau 7 kerusi pembangkang di Wilayah’

 | April 12, 2013

Bagaimanapun, Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhasbee enggan memberitahui kerusi-kerusi berkenaan.

PETALING JAYA: Barisan Nasional Wilayah Persekutuan meramalkan enam atau tujuh kerusi yang diwakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 diramaps parti itu dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhasbee enggan memberitahui kerusi-kerusi berkenaan.

Pada 2008, Pakatan Rakyat menawan parlimen Lembah Pantai; Wangsa Maju; Batu; Segambut; Kepong; Bandar Tun Razak dan Titiwangsa.

Menurut sumber dalaman, BN mempunyai peluang cerah merampas semula Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Titiwangsa.

“Semua kerusi yang saya sebutkan itu, BN mempunyai peluang untuk menang.” tambah Syed Ali yang juga Ketua Umno Cheras.

Bagaimanapun, kerusi Wangsa Maju menjadi rebutan antara MCA dan Umno.

Umno mahu menandingi kerusi itu pada pilihan raya umum ke 13 ini ekoran kekalahan calon MCA pada pilihan raya umum 2008.

Menurut Syed Ali,  MCA telah bersetuju menyerahkan kerusi itu kepada MCA.

“Dalam mesyuarat itu yang dikatakan oleh MCA,” tambahnya lagi.

Difahamkan Umno akan meletakkan ketua bahagian, Datuk Shafie Abdullah dalam pilihan raya umum nanti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments