Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS tanding lapan kerusi Parlimen di Johor

April 13, 2013

Parti itu juga akan bertanding 30 kerusi DUN di negeri tersebut

JOHOR BAHARU: PAS hari ini mengumumkan untuk bertanding lapan kerusi kawasan Parlimen dan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dengan turut menampilkan dua calon bukan Islam.

Lapan kerusi Parlimen itu ialah Pagoh, Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi dan Pulai.

Sementara kerusi DUN ialah di Buloh Kasap, Pemanis, Tenang, Jorak, Gambir, Serom, Sungai Abong, Maharani, Sungai Balang, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Senggrang, Rengit, Machap, Mahkota, Endau, Pasir Raja, Johor Lama, Penawar, Tiram, Puteri Wangsa, Permas, Kempas, Nusajaya, Bukit Permai, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed memberitahu pemberita selain Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang diletak bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat diletak bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam dan DUN Kempas.

Beliau sendiri akan bertanding di DUN Gambir.

Katanya dua calon bukan Melayu itu merupakan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Hu Pang Chaw yang akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha Raman di DUN Tiram.

Berikut senarai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:

PARLIMEN

Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz

Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim

Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw

Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat

Mersing         : Roslan Nikmat

Tenggara        : Muhamad Said Jonit

Kota Tinggi     : Onn Jaafar

Pulai           : Salahuddin Ayub

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Buloh Kasap    : Firdaus Masod

Pemanis        : Normala Sudirman

Tenang         : Mohd Zin Johar

Jorak          : Norhayati Bachok

Gambir         : Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Serom          : Azmi Ahmad

Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh

Maharani       : Dr Mohammad Taslim

Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah

Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari

Semarang       : Ilyas Abu Bakar

Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan

Parit Raja     : Noor Khalim Sakib

Senggarang     : Dr Mohd Ramli Md Kari

Rengit         : Ahmad Kailani Kosnin

Machap         : Mohd Khalid Salekan

Mahkota        : Khairul Faizi Ahmad Kamil

Endau          : Mohd Azam Abdul Razak

Pasir Raja     : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar

Johor Lama     : Kamaldin Tahir

Tiram          : Kumutha a/p Raman

Puteri Wangsa  : Abdullah Husin

Permas         : Syed Othman Abdullah

Kempas         : Suhaizan Kaiat

Nusajaya       : Salahuddin Ayub

Bukit Permai   : Mazlan Aliman

Benut          : Raden Sorobo Ponoh

Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood

Kukup          : Ghazaley Ayiub

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments