Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PPP bertanding di Parlimen Kepong, 4 DUN

April 15, 2013

BN kalah di semua lima kerusi tersebut pada PRU 2008.

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP), parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mengesahkan bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei.

Presidennya Datuk Seri M Kayveas berkata parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Melaka, Selangor, Perak dan Kelantan.

“Barisan Nasional kalah di semua lima kerusi PPP pada pilihan raya umum lepas (2008). Sukar, namun seseorang perlu bertanding di kerusi ini. Memperoleh lima kerusi merupakan kejayaan bagi PPP,” katanya dalam mesej Tweetnya.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar, namun tewas kedua-duanya.

Kayveas yang bertanding di Taiping, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.

Di Pasir Bedamar,  calon PPP Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi.

Pada 2008, calon DAP, Dr Tan Seng Giaw menewaskan Lau Hoi Keong, BN-Gerakan di kerusi Kepong dengan 23,848 majoriti undi.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments