Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Bekas MB S’gor, Muhd Taib sah masuk PAS

 | April 22, 2013

Muhammad berkata, hasrat untuk menyertai PAS timbul sejak tahun lalu apabila melihat hanya parti itu sahaja yang mampu membangunkan negara berteraskan agama Islam.

UPDATED

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini secara rasminya menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS di sini.Muhammad dalam sidang media berkata, tujuan beliau menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon kerana mahu mengelakkan daripada timbulnya spekulasi beliau mahu bertanding semula kerusi pilihan raya umum (PRU).

“Saya bersetuju (serah borang) diadakan dua hari selepas penamaan calon bagi mengelakkan tohmahan nak jadi calon.

“Saya tak berhajat sama sekali nak jadi calon dan tak berhajat nak pegang apa-apa jawatan, saya cuma nak beri sokongan kepada PAS,” katanya.yang turut dikenali sebagai Mat Taib dan Mike Tyson.

Muhammad berkata, hasrat untuk menyertai PAS timbul sejak tahun lalu apabila melihat hanya parti itu sahaja yang mampu membangunkan negara berteraskan agama Islam.

“Memang benar negara (Malaysia) maju, memang benar negeri (Selangor) maju tapi saya fikir sekarang sampai masanya satu perubahan mesti dilakukan supaya setiap pembangunan yang dinamik mesti ada roh,” katanya.

Menteri Besar 11 tahun

Mengabdikan diri dalam Umno selama 40 tahun selain mentadbir Selangor selama 11 tahun, beliau melihat hanya PAS dan kepimpinannya sahaja yang boleh membawa satu kesedaran kepada masyarakat Melayu.

“Kalau semua Melayu berada dibawah satu lambang agama dan pengaruh dapat diterapkan dalam satu ajaran maka masyarakat takkan kucar-kacir.

“Kalau Melayu seluruh negara bagi sokongan kepada PAS,  saya fikir negara ini boleh jadi satu negara contoh,” katanya.

Katanya, untuk itu ia mesti bermula daripada kawasan bandar termasuk di Selangor dan Lembah Kelang supaya dapat tersebar ke kawasan luar bandar.

“Kepada orang Melayu di bandar ini masanya naikkan syiar islam melalui undi yang akan ditentukan 5 Mei nanti,” katanya.

Sementara itu, Hadi berkata pihaknya sudah berbincang mengenai hasrat Muhammad untuk menyertai perjuangan PAS sejak tahun lepas.

“PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri dan kira ini adalah satu sokongan yang kuat dariada seorang yang berpengaruh di Selangor selain pernah memimpin Umno di peringkat Pusat,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments