Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Satu portfolio exco MCA Kedah ‘disimpan’

May 15, 2013

Portfolio yang disimpan untuk wakil MCA itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan.

ALOR SETAR: Satu kekosongan jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah “disimpan” untuk wakil daripada MCA
manakala satu lagi kekosongan akan ditentukan kemudian jika perlu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kekosongan jawatan Exco untuk MCA itu akan diisi jika kepimpinan pusat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu membenarkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dilantik sebagai Exco.

Katanya pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai pelantikan Exco daripada wakil MCA.

“Harapan saya pihak MCA buat keputusan cepat, saya tak mahu perkara ini berlarutan panjang. Saya tak nyatakan secara khusus mengenai tempoh (untuk MCA beri jawapan), tapi harap keputusan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Exco Kedah 2013 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Hari ini lapan Exco mengangkat sumpah memegang jawatan berbanding 10 Exco dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya Kedah boleh mengguna pakai kaedah pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor (yang dilantik Sultan Johor) sekiranya MCA tidak mengemukakan persetujuan untuk pelantikan wakil mereka sebagai Exco.

“Saya boleh persembah cadangan kepada Tunku Bendahara (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan) untuk persetujui cadangan ini, Kedah boleh gunakan kaedah itu. Tapi kita hormati keputusan rakan-rakan daripada MCA, sebab tu tak nak paksa wajib ada wakil daripada Cina,” kata Mukhriz.

Beliau berkata portfolio yang disimpan untuk wakil daripada MCA itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan.

Lapan Exco Perlis

Di KANGAR, Lapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis termasuk tiga muka baharu mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik sebagai anggota Exco itu ialah ADUN kawasan Santan, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim, (Beseri) dan Jafperi Othman (Guar Sanji).

Tiga muka baharu yang dilantik sebagai anggota Exco ialah ADUN Mata Ayer Khairi Hasan, Mat bin Hassan (Kuala Perlis) dan Rela binti Ahmad (Bintong).

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Azlan Man belum mengumumkan portfolio yang bakal diterajui setiap anggota Exco kerajaan negeri.

Pengumuman portfolio itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments