Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Gempa bumi 4.9 skala Richter landa Borneo

June 6, 2013

Gempa bumi itu berpusat di 31km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah dan dirasai gegarannya di Tawau.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 31km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah dan dirasai gegarannya di Tawau.

Menurut jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ia sedang memantau perkembangan kejadian itu.

Di TAWAU, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Borneo itu.

Menurut jurucakap JBPM Tawau, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada orang awam sekitar pukul 3.30 pagi berhubung perkara itu.

“Setakat ini tiada sebarang kejadian yang melibatkan apa-apa kemusnahan,” katanya.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments