Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Malaysia dilanda ‘cuaca panas’

June 18, 2013

Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan.

Oleh Zulkiple Ibrahim

(Ini adalah bahagian pertama daripada siri tiga rencana tentang musim kemarau yang kini melanda negara terutamanya di sekitar Lembah Klang.)

KUALA LUMPUR: “Cuaca sungguh panas di luar sana,” kata seorang rakan kepada penulis di sini baru-baru ini.

“Boleh jangka cuaca akan jadi lebih panas pada minggu-minggu yang akan datang,” tambah rakan itu.

Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering. Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan.

Menurut laporan berita, Subang di Selangor mencatat suhu setinggi 36.2 darjah Celsius pada 7 Jun lepas manakala suhu di ibukota ini mencecah 36.0 darjah pada 4 Jun lepas.

Kaji cuaca

Media juga memetik Pengarah Ramalan Jabatan Meterologi Malaysia Saw Bun Liong sebagai berkata ‘panas terik’ yang melanda negara ketika ini hasil  ombinasi beberapa faktor cuaca.

“Musim Monsun Barat Daya biasanya membawa cuaca panas dan kering. Tetapi suhu dan haba meningkat dengan kedatangan ribut tropika di Filipina dan tekanan rendah di Lautan Hindi,” katanya.

Bagaimanapun cuaca panas yang melanda ketika ini masih belum mencapai tahap ‘gelombang panas’.

Menurut statistik Jabatan Kajicuaca, sehingga ini hari paling panas dicata i Malaysia adalah pada 18 Mei, di Chuping, Perlis di mana suhunya mencecah 38.9 darjah manakala beberapa bahagian di Melaka turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah.

Gelombang panas

Apabila seseorang terdedah kepada suhu panas, beliau menghadapi risiko keletihan dan mungkin juga mengalami strok disebabkan suhu panas.

Penyakit bersangkut paut dengan cuaca panas telah menyebabkan kematian beribu orang pada dekad-dekad yang lampau.

Pada tahun 1980, gelombang panas di Amerika Syarikat telah menyebabkan kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati ketika gelombang panas melanda benua Eropah pada tahun 2003.

Apakah itu fenomena ‘gelombang panas’?

Gelombang panas berlaku apabila suhu semasa secara bandingan adalah lebih tinggi daripada suhu cuaca normal setempat dan juga suhu cuaca normal pada musim berkenaan.

Menurut pakar kajicuaca, suhu bagi orang yang berasal dari kawasan
panas yang dianggap normal boleh menjadi gelombang panas di daerah yang biasanya mempunyai suhu lebih rendah.

Gelombang panas yang teruk dikenalpasti sebagai penyebab kematian akibat ‘hipertemia’ (suhu badan meningkat menjadi amat panas) selain daripada menjadi penyebab gangguan bekalan tenaga kerana peningkatan penggunaan alat pendingin hawa.

Pakar kajicuaca juga turut menerangkan gelombang panas merupakan satu situasi di mana suhu tinggi selama beberapa hari boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu terdedah cuaca panas.

Satu gelombang panas boleh berlaku apabila suhu tinggi luar biasa berlaku selama beberapa hari manakala ianya juga boleh berlaku dalam waktu singkat dengan peningkatan suhu secara mendadak.

Awan yang sedikit

Walaupun negara dilanda cuaca panas ketika ini, warga Malaysia masih belum diserang gelombang panas sehingga ini, jelas Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Seorang pegawainya, yang tidak mahu namanya disiarkan, menerangkan musim panas kini disebabkan Monsun Barat Daya yang biasanya membawa awan yang sedikit.

“Ini mendedahkan kita kepada lebih sinar matahari dan panas terik. Biasanya suhu ketika ini di sekitar 33 darjah tetapi kita mengalami suhu 34-35 darjah,” kata beliau.

Pegawai itu menerangkan catatan suhu itu masih belum mencecah suhu yang dianggap gelombang panas tetapi seandainya suhu melebihi 37 darjah, barulah Malaysia mengalami apa yang dikatakan sebagai gelombang panas seperti yang dicatat kali terakhir semasa fenomena ‘El Nino’ pada tahun 1998.

Ramalan

Jabatan Kajicuaca juga meramalkan cuaca panas terik sekarang mungkin berlanjutan hingga ke suku terakhir tahun ini.

Sementara itu pakar-pakar kesihatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan mereka perlu menjalani aktiviti harian.

“Minum lebih air jika anda perlu keluar dari rumah. Anda juga dinasihati tinggal dalam rumah yang punya kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyaipengudaraan yang cukup,” nasihat pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil dari Rawang dekat sini.

“Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari. Elakan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda rasa tidak dahaga,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Dr Shuhaimi menasihati pesakit yang terpaksa minum air dalam kuantiti terhad, seperti mereka mengalami kegagalan buah pinggang supaya mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments