Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Lima strategi tarik pelabur asing

 | June 23, 2013

Ini berikutan respon yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur asing walaupun keadaan ekonomi global yang suram masa kini.

KUCHING: Kestabilan politik, barisan kepimpinan mantap, perancangan dasar yang bijak, kerajaan yang pro-perniagaan dan infrastruktur lengkap merupakan lima faktor utama yang menarik pelabur asing ke Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui perkara itu berikutan menerima respon yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur asing walaupun keadaan keseluruhan ekonomi global yang suram ketika ini.

Untuk itu katanya, rakyat perlu mengekalkan momentum keharmonian kerana hidup dalam suasana pelbagai kaum, bangsa dan agama.

“Ini kerana lima faktor yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini telah memberi satu keyakinan penuh kepada pelabur-pelabur asing bahawa negara ini dilihat sebagai syurga pelaburan dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-67 pada 21-23 Jun di Hotel Hilton di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mustapa menggesa seluruh ahli ACCIM untuk memainkan peranan mereka agar terus memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan dalam menperkasakan industri perniagaan dan perindustrian negara.

Katanya, langkah itu adalah bertepatan bagi membolehkan negara ini dapat berdaya saing dengan negara luar sekali gus membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh.

“Malah, satu demi satu pelaburan asing akan masuk ke Malaysia membawa maksud negara ini sentiasa diintai oleh pelabur-pelabur asing ekoran adanya sokongan daripada kerajaan.

Sementara itu, Presiden ACCCIM, Dato’ Lim Kok Cheong berharap pihak kementerian sentiasa mengadakan perbincangan bersama pihaknya tentang apa jua perubahan dasar yang akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi.

“Dengan adanya usaha ini, sedikit sebanyak membolehkan kita memahami dasar-dasar baru yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kebaikan bersama pada masa hadapan,” ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments