Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Jerebu merebak ke Kelantan

June 24, 2013

Dua daerah itu ialah Kota Baru dan Tanah Merah dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara 114 dan 93 pada jam 11 pagi tadi.

KOTA BARU: Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Baharu dan Tanah Merah mula dilanda jerebu sejak pagi ini.

Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Baharu menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada pukul 11 pagi, berbanding 108 pada pukul 7 pagi.

Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat pukul 11 pagi, berbanding 90 pada pukul 7 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baharu mendapati keadaan jerebu tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian orang ramai.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments