Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Perhimpunan Black 505 disabotaj?

 | June 25, 2013

Penyokong berasa "ditipu" oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang jelas memberi keutamaan kepada kepentingan diri sendiri daripada mengikut kehendak rakyat.

PETALING JAYA: Sambutan dingin Perhimpunan Black 505, pada Sabtu yang lalu menjadi isu yang hangat dan perbualan umum di kalangan rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa perhimpunan tersebut berjaya apabila mesej yang cuba hendak disampaikan kepada rakyat itu jelas.

Tetapi, tiada siapa menafikan bahawa buat kali pertama perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat kurang mendapat sambutan dan gagal mencapai sasaran.

Penganjur sebelum ini mensasarkan 300,000 peserta yang akan menghadiri ke perhimpunan tersebut tetapi hanya kurang daripada 30,000 sahaja membanjiri Padang Merbok.

Walaupun, jerebu disebut sebagai salah satu punca utama , perhimpunan Black 505 yang kemuncak itu kurang mendapat sambutan, ramai yang berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang lain disebalik “kegagalan” perhimpunan tersebut.

Apakah peserta Himpunan Black 505 hilang momentum atau “letih” dengan siri himpunan Black 505 yang tidak membawa sebarang perubahan dalam politik tanah air.

Orang muda bosan

Himpunan Black 505 pada Sabtu lalu adalah yang ke-17,  yang pertama mendapat sambutan luar biasa di Stadium Kelana Jaya, pada Mei 8 yang lalu.

Berbual dengan beberapa peserta daripada golongan muda yang jelas berasa bosan dengan himpunan di padang dan stadium.

Mereka lebih berminat kepada tindakan drastik daripada pemimpin pembangkang untuk terus mengekalkan semangat rakyat dalam isu keputusan pilihan raya.

Beberapa sepanduk terdapat sekitar Padang Merbok, antaranya ‘Selalu ceramah, bila nak aksi?’ jelas menunjukkan kehendak rakyat iaitu mereka hilang kepercayaan dengan ceramah atau berkumpul.

Selain daripada itu, keputusan Pakatan Rakyat berniat tidak boikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat telah membuat rasa tidak puas hati kepada segelintir penyokong Pakatan Rakyat yang juga mungkin salah satu sebab utama himpunan Black 505 kurang mendapat sambutan.

Pakatan Rakyat yang memenangi 51% undi popular pada pilihan raya umum yang ke-13, pada awalnya merancang untuk memboikot upacara angakat sumpah, sebagai tanda bantahan keputusan pilihan raya, sebelum dinafikan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat dan juga NGO berpendapat bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat sepatutnya perlu boikot upacara angkat sumpah semalam  sedangkan mereka mempunyai enam bulan untuk berbuat demikian.

Penyokong berasa `ditipu’

Kemungkinan besar penyokong  berasa “ditipu” oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang jelas memberi keutamaan kepada kepentingan diri sendiri daripada mengikut kehendak (boikot upacara angkat sumpah) rakyat.

Dalam pada itu, masalah dalaman parti dan beberapa pemimpin yang memegang jawatan di negeri Selangor yang ‘sabotaj’ perhimpunan tersebut juga satu punca kekurangan sambutan.

Terdapat spekulasi penyokong kepada beberapa pemimpin yang tidak bertanding pada pilihan raya membuat keputusan untuk mensabotaj himpunan kerana tiada ‘faedah’ menghadirinya.

Pada pendapat mereka, Himpunan tersebut adalah bukan untuk menegak hak rakyat dan juga tidak memberi manfaat kepada pemimpin kesayangan mereka hanya tetapi untuk kepentingan beberapa pemimpin yang kalah tipis.

Manakala, beberapa pemimpin yang memegang jawatan di Selangor dan Pulau Pinang juga tidak kelihatan pada himpunan kali ini.

Ada yang berkata, mereka tidak hadir kerana ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bukan masalah mereka sedangkan mereka membentuk kerajaan di Selangor, Kelantan  dan Pulau  Pinang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments