Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Merokok haram di sisi Islam

 | June 26, 2013

Muzakarah dari peringkat negeri turut mengharamkan perbuatan itu kerana ia bukan sahaja membawa kemudaratan tetapi satu perbuatan pembaziran.

KUCHING: Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah memutuskan bahawa perbuatan merokok adalah haram di sisi Islam, demikian menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam, Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

“Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang merokok dan orang yang menghidunya,” katanya kepada media selepas merasmikn Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2013 Peringkat Kebangsaan di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur berkata muzakarah dari peringkat negeri turut mengharamkan perbuatan itu kerana ia bukan sahaja membawa kemudaratan tetapi satu perbuatan pembaziran.

Namun katanya, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk mengenakan tindakan kepada umat Islam yang merokok.

“Bagaimanapun, kita berharap tindakan tegas akan diambil bagi menangani perbuatan ini dalam kalangan masyarakat Islam demi kebaikan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Beliau berharap berharap masyarakat terutamanya umat Islam di negeri ini menghentikan perbuatan merokok terutama pada bulan Ramadhan yang akan tiba.

Mengenai penggunaan vaksin untuk pelalian Daud berkata pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memberi jaminan bahawa semua vaksin untuk pelalian yang digunakan oleh Jabatan Kesihatan di negeri ini adalah halal dan boleh digunakan oleh masyarakat Islam.

Beliau berkata, golongan itu tidak perlu ragu untuk terus menggunakan vaksin yang sedia ada di negeri ini kerana ia terbukti tidak mengandungi bahan campuran terlarang.

Menurutnya, keputusan itu telah diputuskan oleh MFK dan disebabkan itu, umat Islam dinasihatkan terus menggunapakai vaksin sedia ada sebagai salah satu kaedah dalam menjaga kesihatan.

“Ini bermakna, kesemua vaksin untuk pelalian yang terdapat di negara ini, sudah dipastikan tidak mengandungi sumber-sumber yang meragukan dan bahan campuran yang dilarang dalam agama Islam,” katanya.

Kesan jerebu

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak telah mengambil langkah siap sedia bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit akibat jerebu di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Zulkifli Jantan berkata, setakat ini JKN Sarawak telah merekodkan jumlah peningkatan pesakit terutama penghidap penyakit asma dan paru-paru.

Bagaimanapun katanya, jumlah pesakit yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak meningkat, hanya pesakit luar sahaja.

“Namun begitu, kita telah bersedia untuk mengambil langkah berwaspada seperti di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, yang ketika ini sedang mengurangkan aktiviti dan prosedur pembedahan elektif.

“Sebaliknya, mereka menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kepada kes-kes merawat penyakit paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments