Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Impak TPPA ke atas industri ICT

 | July 18, 2013

Perjanjian TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT negara ini, kata gabungan NGO usahawan ICT naungan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO)  usahawan teknologi komunikasi dan informasi (ICT) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyuarakan pendapat bahawa Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) tidak memberi manfaat kepada industri ICT di negara ini.

Ini berdasarkan dua perkara di dalam perjanjian TPPA yang perlu diambil perhatian, iaitu bab Harta Intelek (Intellectual Property Chapter) dan isu Hakcipta (Copyright).

“Bab Harta Intelek telah bertambah sehingga 80 muka surat. Harta Intelek ini merangkumi hak cipta, trademarks, paten dan kemungkinan besar juga Geographical Indication.

“Untuk isu Hakcipta pula, apa yang membimbangkan kami adalah bab ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum dan tidak melibatkan pemain industri sendiri,” kata Pengerusi Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Mohd Azrul.

Tambah Mohd Azrul, isu jenayah Hakcipta akan timbul, apabila memuat turun muzik sehingga polis merampas komputer atas alasan alat bantuan melakukan jenayah dan menghantar pengguna ke penjara.

“Seorang pelajar menukar format untuk bacaan e-reader juga boleh dikenakan tindakan jenayah,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa isu “creative content” seperti animasi dalam negara yang semakin popular boleh diceroboh oleh negara yang besar seperti Amerika Syarikat (AS).

“Mereka boleh mengeluarkan cerita animasi lebih murah untuk dijual ke negara lain, kerana di negara sendiri sudah untung berjuta dolar dan nilai rendah dijual di luar, sekaligus membolehkan filem animasi tempatan tidak dapat bersaing,” katanya.

Menurutnya lagi, boleh berlakunya kegagalan tidak dijangka seperti DMCA (Digital Millennium Copyright Act) yang sepatutnya mengurangkan lanun cetak rompak, tetapi bertukar menjadi sekatan dan bahaya kepada pengguna, saintis, dan persaingan.

Naik taraf Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) yang telah ditandatangani pada Oktober 2011 juga membimbangkan, kata Mohd Azrul.

“Beliau menambah ACTA melanggar privasi hak individu (due process) melalui manipulasi penguatkuasaan autoriti dan proses fasilitasi untuk mengenakan hukuman pada individu.

“”ACTA juga menggunakan Kunci Digital (Digital Lock) untuk kandungan digital, sekaligus menjadikan mereka yang menukar format atau menyalin kepada alat lain daripada komputer ke e-readers (ipad dan sebagainya) sebagai penjenayah hakcipta,” jelasnya.

Mohd Azrul berkata , Kunci Digital mengawal pengedaran atau cara pengedaran, sebagai contoh produk digital hanya boleh digunakan lima kali, kemudian perlu membayar untuk mendapatkannya.

“Kawalan format, penukaran format kepada alat pembaca lain juga merupakan kesalahan jenayah harta intelek,” ujarnya.

“Malah beliau mendakwa Perjanjian TPPA juga boleh memberi arahan kepada Internet Service Provider (ISP) untuk memutuskan sambungan internet berdasarkan undang-undang “three strikes” yang digunakan di AS sekarang jika pengguna tiga kali membuat kesalahan.

Beliau menegaskan  Malaysia harus menarik diri daripada menganggotai TPPA serta-merta.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments