Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jusuf Kalla nafi laporan Berita Harian

 | July 19, 2013

Ini berhubung dengan artikel bertajuk "Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505."

PETALING JAYA: Mantan Timbalan Presiden Indonesia M Jusuf Kalla menafikan beliau diwawancara oleh Azharri Siddiq mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk membiayai aktiviti Perhimpunan Blackout 505.

“Pertemuan saya dengan Azharri pada 1 Jun lalu hanya silaturahim singkat kerana diatur oleh seorang anggota Parlimen Indonesia,” kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Kuala Lumpur semalam, di mana sesalinannya difakskan kepada ibu pejabat PKR.

Jusuf Kalla menjelaskan demikian sebagai merujuk kepada artikel akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2013 di bawah tajuk “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Ujarnya, “saya baru membaca Berita Harian tanggal 28 Jun 2013, artikel yang menyebut ada wawancara khas saya dengan AzharriSiddiq perihal “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Beliau menafikan bahawa beliau pernah diwawancara mengenai isu tersebut dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak realistik dan tidak benar.

“Oleh kerana itu, wartawan Azharri telah memohon maaf kepada saya berhubung dengan isu yang menimbulkan kontroversi ini,” jelasnya.

Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau akan menyaman Berita Harian kerana menyiarkan berita palsu hingga mencemari nama baik beliau.

Beberapa siri perhimpunan Blackout 505 telah dianjurkan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 yang didakwa berlangsung dengan penuh penyelewengan dan penipuan.

Penganjur dan para demonstran turut menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments