Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Umno Tuaran sedia sokong Salleh

July 30, 2013

Ia bukan bertujuan untuk menyekat kemaraan Shafie Afdal tetapi untuk memberi pilihan terbaik kepada 150,000 perwakilan dari seluruh negara

KOTA KINABALU: Umno Bahagian Tuaran sedia menyokong Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak jika beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Aliasgar Basri Salleh bukan orang baru dalam politik maka beliau wajar bertanding jawatan nombor tiga itu kerana beliau pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal.

“Rangkaiannya di seluruh negara ramai kerana beliau pernah menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Maka saya menyokong penuh hasratnya untuk bertanding,” katanya kepada FMT.

Beliau yang pernah menjadi ahli majlis tertinggi Persatuan Belia Sabah (SANYA)  bersama Salleh ketika Salleh mengetuai SANYA.

“Jika bekas Ketua Menteri Sabah itu menawarkan diri maka ia bukanlah berniat untuk menyekat kemenangan calon penyandang dari Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal tetapi ia bertujuan untuk memberi pilihan kepada 150,000 orang perwakilan dari seluruh negara untuk memilih Naib Presiden Umno yang terbaik,” tegasnya.

Sehingga ini tiga calon sudah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Mereka ialah Shafie Afdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad.

Manakala seorang lagi penyandang jawatan, Datuk Seri Hishamudin masih belum membuat pengumuman. Salleh juga masih membisu sama ada beliau akan bertanding atau tidak.

“Saya percaya jika dua calon bertanding dari Sabah di peringkat Naib Presiden Umno, ini bermakna Sabah tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai pemimpin nombor tiga di peringkat nasional,” kata Aliasgar Basri yang sama sekali tidak kecewa tidak dipilih sebagai calon BN di DUN Sulaman baru-baru ini menggantikan ketua bahagiannya, Datuk Hajiji Mohd. Noor


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments