Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Konflik terkini Mesir: Langkah drastik harus diambil

 | August 15, 2013

Kekejaman tentera terhadap rakyat Mesir harus dihentikan segera.

PETALING JAYA: Selain mengutuk tindakan kekejaman tentera ke atas rakyat Mesir, PAS menyeru masyarakat antarabangsa termasuk Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik bagi menghentikan kezaliman itu.

“Langkah drastik harus diambil terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fattah as-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir,” kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya, dipetik dari blog rasminya hari ini.

Pertama kata Hadi, semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab mestilah mengecam tindakan kekerasan rejim tentera yang tidak sah itu.

“Seterusnya memberikan tekanan diplomatik terhadap mereka yang melaksanakan coup d’├ętat terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Presiden Dr Muhammad Morsi.

Kedua katanya, pihak yang melakukan jenayah dan bertindak kejam terhadap penyokong Presiden Morsi mestilah disiasat oleh satu Suruhanjaya Bebas Antarabangsa supaya tindakan mengikut tatacara undang-undang dapat dilakukan.

Ketiga, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada Presiden Morsi mestilah dikembalikan, manakala penyelesaian kepada krisis di Mesir perlu mengikut lunas demokrasi tanpa campurtangan asing dan pihak tentera.

Kata Hadi, PAS sekali lagi ingin mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa kegagalan menyelesaikan konflik di Mesir ini akan membawa akibat yang lebih buruk terhadap keamanan rantau Asia Barat.

Ini katanya, kerana ianya akan melahirkan aktiviti tindakbalas yang lebih keras, di mana iklim politik, ekonomi dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.

Sehubungan dengan itu katanya, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti.

Katanya, mereka boleh menunjukkan solidariti dengan menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, bersama dengan parti-parti politik dan NGO dalam negara kita pada hari Sabtu 17 Ogos ini.

“Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini,” katanya.

Semalam, tentera Mesir telah menggempur dua kem penyokong Morsi hingga menyebabkan 124 terkorban dan ribuan cedera parah. Berikutan itu pihak berkuasa Mesir telah mengisytiharkan darurat selama sebulan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments