Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Perak belum pilih calon untuk pemilihan Umno

 | August 15, 2013

Bagaimanapun, Umno negeri dijangka mengekalkan pemimpin yang sedang memegang jawatan.

PETALING JAYA: Umno Perak belum menentukan pemimpin mana yang akan bertanding dalam perhimpunan agung parti hujung tahun ini, kata ahli jawatan kuasa Umno negeri, Datuk Rosli Husin.

Bagaimanapun, beliau berkata, Umno negeri dijangka mengekalkan pemimpin yang sedang memegang jawatan.

“Saya rasa Datuk Nazri Aziz, Datuk Tajudin Abdul Rahman dan Datuk Azlan Osman akan kekal bertanding untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Manakala kedudukan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah belum pasti kerana beliau telah mengumumkan untuk tidak bertanding,” katanya.

Rosli yang juga Ketua Umno Bukit Gantang menambah, Umno Perak dijangka mencalonkan seorang wakil untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno.

Naib Ketua Pemuda Umno kini disandang oleh Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda Umno negeri telah mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosli akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang dalam pemilihan akan datang.

Katanya, beliau menjangkakan akan mendapat tentangan dari seorang pemimpin dari bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, tambahnya, biar ahli Umno Bukit Gantang membuat pilihan untuk memilih siapa yang menjadi ketua bahagian.

Turut baca:

Wanita Umno P Pinang ikrar sokong Shahrizat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments