Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemilihan Umno: Saingan panas di Marang

 | August 16, 2013

Datuk Abdul Rahman Bakar dijangka bertembung dengan penyandang Datuk Yahaya Khatib Mohamad sekali lagi.

PETALING JAYA: Saingan sengit dijangka berlaku dalam pemilihan beberapa bahagian Umno di Terengganu dengan tumpuan utama kepada Marang dan Kuala Terengganu.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dijangka bertanding sekali lagi merebut jawatan Ketua bahagian Marang yang kini disandang Datuk Yahaya Khatib Mohamad.

Bekas ahli parlimen Marang itu kalah kepada Yahaya dalam pemilihan bahagian pada tahun 2008.

Bagaimanapun, ketika dihubungi hari ini, Abdul Rahman enggan mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Umno Marang.

“Tengok dulu kerana saya belum membuat keputusan. Tunggu hingga 27 September iaitu hari untuk mengesahkan bertanding atau tidak,” katanya.

Peluang Abdul Rahman dan Yahaya seimbang kerana kedua-dua tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Yahaya kalah di kerusi Parlimen Marang dalam pilihan raya umum lalu, manakala Abdul Rahman tidak bertanding.

Namun Yahaya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatan atau sebaliknya.

Menurut Abdul Rahman, jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh Alias Abdullah akan dicabar.

Kuala Terengganu dapat ketua baru

Dalam pada itu, Umno Kuala Terengganu juga bakal mendapat ketua baru kerana Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak mempertahankan jawatan itu.

Speaker Dewan undangan Negeri Terengganu Mohd Zuber Embong mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Menurut sumber, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Sabri Alwi dijangka mencabar Zuber dalam pemilihan nanti.

Wan Ahmad Farid mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional dan Umno bahagian tersebut dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Dua bahagian lagi iaitu Kuala Nerus dan Dungun dijangka berlaku pertandingan untuk jawatan ketua bahagian ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Bahagian Kuala Nerus Datuk Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hasan kepada kepada calon PAS.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Bahagian Setiua, Ketua Bahagian Hulu Terengganu  Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Bahagian Kemaman Datuk Seri Ahmad Said dijangka tidak dicabar.

Mesyuarat Umno bahagian djangka diadakan pada 19 Oktober depan.

Turut baca:

Majlis Tertinggi Umno: Ahmad Said tidak bertanding

Syed Ali tidak tanding jawatan Umno Pusat

Datuk Shafei tergugat di Wangsa Maju?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments