Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ketua Pemuda Umno: Idris Harun cabar Khairy?

 | August 21, 2013

Jika Idris menang, pemuda Umno yang pernah dipimpin Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada tahun 70an dahulu akan dipimpin Ketua Menteri Melaka pula, Datuk Idris Harun.

PETALING JAYA: Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada 19 Oktober depan mungkin tidak tercapai apabila terdengar desas-desus beliau akan dicabar oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun.

Menurut sumber, Idris yang juga bekas Exco Pemuda Umno di zaman Datuk Seri Hishamuddin Hussein dijangka mencabar Khairy yang sudah tamat sepenggal memegang jawatan tersebut.

Pada tahun 2009, Khairy menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sumber itu menambah Idris mahu menjadi pengganti Tan Sri Rahim Thamby Chik yang pernah memimpin pergerakan itu 20 tahun lalu apabila beliau mengalahkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad pada tahun 1993.

Pada tahun 2008, Idris dilantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Namun demikian apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, beliau telah menggugurkan Idris dari jawatan timbalan menteri walaupun beliau menang kerusi ahli majlis tertinggi Umno .

Ini adalah kerana  beliau adalah pengurus kempen Datuk Seri Ali Rustam yang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun tersebut.

Ali yang dikatakan calon favourite dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno tidak dibenarkan bertanding menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya Muhyiddin berhadapan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam pertandingan dua penjuru.

Idris selaku anak didik Ali dijangka menggunakan pengalamannya untuk mengalahkan Khairy yang merupakan menantu Pak Lah.

Jika Idris kalah, dia tidak kehilangan apa-apa kerana sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, beliau akan tetap berada dalam majlis tertinggi Umno. Sebaliknya jika Idris menang, beliau akan menjadi Ketua Pemuda yang secara automatik adalah Naib Presiden Umno.

Jika Idris menang, pemuda Umno yang pernah dipimpin Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada tahun 70an dahulu akan dipimpin Ketua Menteri Melaka pula, Datuk Idris Harun.

Jika Idris jadi bertanding, ini bermakna Khairy tidak diberi peluang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno seperti yang dilalui Najib (1988) dan Hishamuddin (1999). Namun demikian pemerhati politik percaya Khairy mampu menumbangkan Idris dalam pertandingan dua penjuru itu.

Turut baca

Ketua Pemuda: Khairy menang tanpa bertanding?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments