Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tajuddin tidak campur mesyuarat Umno Pasir Salak

 | August 22, 2013

Ketua bahagian itu tidak mempengaruhi ahli supaya melantik dua anaknya menjadi ketua Pemuda dan ketua Puteri.

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman tidak pernah mempengaruhi ahli Umno bahagian itu supaya memilih anaknya Dr Faizal sebagai ketua pemuda bahagian dalam pemilihan Oktober ini.

Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Ibrahim Katop, berkata, Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak juga tidak pernah melobi supaya anak perempuannya, Seri Rahayu dipilih menjadi ketua puteri bahagian.

“Tajuddin tidak campur tangan dalam pemilihan bahagian, sebaliknya beliau memberi kebebasan kepada ahli membuat pilihan sendiri.

“Khabar angin yang mengatakan Tajuddin meminta supaya kedua-dua anaknya dilantik sebagai ketua Pemuda dan ketua Puteri tidak benar.

“Ini satu tindakan dan usaha untuk menjatuhkan Tajuddin, saya ingin menjelaskan Seri Rahayu tidak akan bertanding jawatan ketua Puteri Umno Pasir Salak,” kata Ibrahim lagi.

Beliau menambah, jawatan ketua pemuda kini disandang Khairul Azwan Harun tetapi mendakwa beliau tidak `membuat kerja’

Kata Ibrahim, berikutan ahli Pemuda mahu ketua yang baru dan mereka berpendapat Dr Faizal paling sesuai mengetuai pergerakan itu.

Beliau menambah, dengan itu adalah wajar anak lelaki Tajuddin itu bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bahagian dalam pemilihan bulan Oktober depan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments