Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PRK Sg Limau: Dr Suhaimi, Hamid calon BN?

 | September 27, 2013

Mereka ialah Dr Suhaimi Lazim pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), Hamid Mansor.

PETALING JAYA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Jerai baru semalam kosong ekoran kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, tetapi Umno membayangkan sudah  mempunyai dua nama yang sesuai untuk pilihan raya kecil nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil tersebut.

Mereka ialah Dr Suhaimi Lazim pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Manakala seorang lagi ialah bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), Hamid Mansor, anak tempatan Sungai Limau.

Ahli jawatankuasa Umno Jerai, Abdul  Aziz Din berkata,  parti itu mesti meletakkan calon ada pendidikan agama yang tinggi bagi berdepan dengan PAS.

“Oleh kerana ini kubu kuat PAS, Umno tidak boleh meletakkan calon sembarangan. Kena letak orang yang beragama kerana ini kawasan Melayu sepenuhnya dan ada empat sekolah pondok.

“Dua nama itu merupakan calon yang sesuai untuk menghadapi PAS di Sungai Limau, tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Kawasan sekolah pondok

Sungai Limau, kata Abdul Aziz, merupakan kubu PAS, malah Azizan sudah menjadi Adun sejak tahun 1995.

Pengaruh Azizan cukup besar di Kedah apatah lagi di Sungai Limau meskipun tidak sepopular Mohamad Sabu mahupun Datuk Nik Aziz Nik Mat, tambah beliau.

Kekuatan PAS di Sungai Limau kerana ada beberapa sekolah pondok agama yang lebih cenderung kepada PAS. Salah satu ialah pondok Pak Ya, sekolah pondok yang diasaskan oleh ketua  ulama PAS Kedah, Datuk Yahya Othman.

Oleh kerana Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, parti itu tidak sukar mencari calon pengganti Azizan.

Barisan Nasional khususnya Umno yang diberi mandat telah kalah tiga kali berturut-turut termasuk pada PRU ke 13, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, kata Abdul Aziz di bawah kepimpinan baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, peluang calon Umno menang kerusi Sungai Limau menjadi 45% berbanding Umno 55%.

Beliau berkata, Mukhriz bukan sahaja diterima oleh penyokong Umno tetapi juga di kalangan orang PAS kerana mereka turut bekerja memenangkan Menteri Besar itu dalam pilihan raya umum lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments