Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Penduduk Kampung Hakka minta MB campurtangan

 | October 1, 2013

Kami meletakkan harapan yang tinggi agar Menteri Besar menggunakan kuasa beliau untuk campurtangan dalam isu ini.

SEREMBAN: Seramai 50 penduduk Kampung Hakka, Mantin berkumpul di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menyerahkan sebuah memorandum yang meminta Mohamad agar campurtangan dalam isu Kampung Hakka yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk projek pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Chong Tza Yaw, berkata penduduk Kampung Hakka datang dengan harapan bahawa Menteri Besar akan mengambil tindakan sewajarnya untuk campurtangan dan menggunakan kewibawaan politik (political will) dalam isu ini.

“Kami meletakkan harapan yang tinggi agar Menteri Besar menggunakan kuasa beliau untuk campurtangan dalam isu ini dan menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

“Kami sedar kes kami ini berada di mahkamah. Walaubagaimanapun kami mendapati kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk campurtangan serta boleh menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

“Menteri Besar boleh memberi tekanan atau berunding dengan pemaju untuk menyediakan tanah pampasan kepada kami untuk kami mendirikan kediaman yang baru.

“Saya mewakili penduduk kampung amat berharap Menteri Besar mempertimbangkan tuntutan yang kami utarakan demi masa depan penduduk kampung Tradisi Hakka,” kata Chong.

Walaubagaimanapun memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Sembilan, Shahrulfaizal Tahar. Mohamad tidak dapat menerima memorandum kerana sedang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada waktu yang sama.

Chong turut menyerahkan satu lagi memorandum yang serupa kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (ADUN Chennah – DAP).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang menemani penduduk untuk menyerahkan memorandum itu berkata, isu Kampung Hakka, Mantin mirip kepada kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

“Untuk makluman, isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, kesnya mirip dengan kes Kampung Hakka, Mantin.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah perkampungan itu kepada pihak pemaju. Walaubagaimanapun kerajaan Pulau Pinang berunding dengan pihak pemaju dan menuntut pampasan untuk penduduk kampung dengan meminta pemaju menyediakan rumah kepada penduduk kampung.

“Maka Kerajaan Negeri Sembilan juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mendapatkan pampasan kepada penduduk kampung dalam bentuk tanah lot kosong atau kediaman baru,” jelas Arutchelvan.

Sementara itu Loke berkata beliau telah membawa isu Kampung Hakka, Mantin di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan sebentar tadi.

“Saya berharap esok Menteri Besar akan memberi penjelasan atau respon terhadap isu tersebut.

“Sementara peguam yang DAP sediakan untuk penduduk kampung berjaya mendapatkan arahan interim (interim order) untuk menangguhkan tindakan merobohkan rumah penduduk sehingga pendengaran kes tunggu perintah pengantungan pelaksanaan (stay of execution) didengar pada 17 Oktober di Mahkamah Tinggi Seremban,” ujar Loke.

Sementara itu FMT difahamkan ke semua individu yang ditahan polis semalam telah dibebaskan semalam juga.

Turut hadir ADUN Nilai, J Arulkumar (DAP).

Also read:

Kg Railway residents protest outside parliament


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments