Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS senarai pendek 8 calon PRK Sg Limau

 | October 10, 2013

Kesemua calon adalah muka baru anak tempatan dan tidak pernah bertanding pilihan raya sebelum ini, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: PAS Pusat menerima lapan nama yang disenarai pendek PAS Kedah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, umum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti kredibiliti nama yang paling layak dicalonkan sebelum pengumuman rasmi dibuat pada malam 21 Oktober depan di Kota Sarang Semut, Kedah.

“Kesemua calon adalah muka baru anak tempatan dan tidak pernah bertanding pilihan raya sebelum ini.

“Kita akan membuat perincian supaya calon yang dipilih nanti betul-betul diterima pengundi terbanyak sekaligus dapat menyambung tugas (Almarhum) Tan Sri Azizan Abdul Razak,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata, lapan calon terbabit termasuk Muslimat yang mempunyai pelbagai latar belakang itu bebas daripada skandal dan bersih daripada unsur politik wang.

“Tiada seorang pun pimpinan PAS Pusat dalam senarai,” katanya sekaligus menolak spekulasi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon bertanding PRK nanti.

Sasar menang 2,300 undi

Katanya, jentera PAS Kedah dan kawasan telah pun bersedia sejak awal menghadapi sebarang kemungkinan untuk menang 2,300 undi majoriti.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS Pusat juga telah membuat keputusan melantik Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengarah Induk dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi Negeri bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 23 Oktober manakala hari pengundian pada 4 November, sekaligus tempoh berkempen yang diberikan akan berlangsung selama 11 hari.

PRK diadakan berikutan kematian Azizan  pada 26 September lalu selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah termasuk pelbagai kegagalan organ dalaman.

DUN Sungai Limau mempunyai pengundi 27, 287 pengundi, 97% daripadanya adalah Melayu manakala baki 7% pengundi Cina.

Pada PRU  Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali (BN) dengan majoriti 2,774 und.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments