Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wang zakat bukan dana politik

 | October 10, 2013

Wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan.

FEATURE

Seperti dijelas dalam artikel  bertajuk  ‘ Wang zakat bukan dana pelaburan’ yang disiar dalam Free Malaysia Today pada 28hb September 2013 , wang zakat yang dibayar oleh orang ramai dari hasil perniagaan ,gaji dan nilai harta mereka wajib diagih terus kepada golongan yang memerlukan ia itu  dari pemberi kepada penerima atau melalui pihak ketiga seperti  Tabung Zakat  ataupun Tabung Baitulmal Sarawak yang hanya mewakili pihak pemberi .

Oleh yang demikian wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan atau dana pelaburan oleh pihak ketiga tersebut atas  apa2 jua alasan  seperti bagi menambah aset2  golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

Baitulmal telah menyalahguna kutipan wang ini untuk membina komplek Islam di Kuching yang menelan belanja berjumlah RM 90 juta dan Bangunan Makmur 11 yang dicadangkan dibina di Petrajaya yang berharga RM 253 juta .Pihak pengurusan Baitulmal juga  dipercayai menyalahgunakan duit zakat untuk berurus niaga dalam pasaran saham di Bursa Saham Malaysia dan rugi berjuta2 ringgit dalam perjudian tersebut.

Baru-baru  ini kami telah menerima laporan yang sahih bahawa berjuta-juta ringgit wang zakat  pernah dipergunakan sebagai dana pilihanraya oleh Pengerusi Baitulmal bagi membiayai perbelanjaan calon-calon  PBB dalam pilihanraya negeri .

Wang zakat tidak ada kaitan langsung dengan urusan politik .Oleh itu kutipan cukai khas ini tidak boleh dijadikan dana politik untuk membiayai kos pilihanraya mana-mana calon. Jelas tindak tanduk pengerusi Baitulmal telah jauh menyimpang dari hukum asas agama Islam .

Dipertikai

Memandangkan wang zakat dipercayai telah disalahgunakan oleh pihak Baitulmal , maka kita boleh membuat andaian bahawa laporan penyata-penyata  pendapatan dan  perbelanjaan Tabung Baitulmal bagi setiap tahun boleh dipertikaikan .

Kita percaya jumlah kutipan dan perbelanjaan tahunan sebenar tidak dilaporkan. Jumlah wang yang diselewengkan tidak direkod dalam laporan kewangan badan tersebut.

Dengan kaedah ini ianya membolehkan TBS  menyalur sebahagian wang zakat untuk tujuan lain seperti melabur dalam pembinaan bangunan komersial , berurus niaga saham dan untuk membiayai agenda politik pihak tertentu .

Setakat kini , usaha untuk mengutip bayaran zakat dan fitrah tidak memenuhi sepenuhnya syarat-syarat  rukun Islam ke empat.  Kerajaan negeri Sarawak hanya mewajibkan pekerja-pekerja sektor awam dan swasta untuk membayar cukai zakat melalui pemotongan sebanyak 2.5% dari gaji bersih bulanan mereka.

Akan tetapi banyak syarikat-syarikat yang dimiliki orang muslim tidak membayar cukai khas mengikut kadar 2.5% dari keuntungan perniagaan mereka. Syarikat-syarikat tersebut sepatutnya menyerah salinan penyata untung rugi tahunan pada pihak TBS bagi tujuan taksiran cukai.

Golongan kaya raya juga terlepas dari membayar cukai zakat atas harta-harta yang mereka miliki seperti rumah dan kereta mewah , barang-barangkemas  , wang simpanan dalam bank dan aset-aset lain .Nilai hartaharta ini boleh mencecah berbilion-bilion ringgit !

Jika 2.5 % dikenakan ke atas harta ini , cukai zakat yang diperolehi boleh mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun. Pihak Majlis Islam patut mengeluarkan arahan kepada TBS untuk mencukai harta yang berlonggok-longgok milik golongan orang kaya  di negeri Sarawak.

Malangnya apa yang kita saksi  pihak Majlis Islam  dan Baitulmal hanya menerima arahan dari orang atasan dan mengambil jalan selamat dengan menjaga periok nasi masing-masing..

Saranan

Memandangkan pentadbiran mengutip wang zakat telah jauh menyimpang dari landasan hukum agama ,saya sarankan pekerja-pekerja sektor swasta dan awam mendesak majikan mereka untuk menghentikan sementara waktu pemotongan gaji bulanan mereka sehingga pihak TBS mengemaskini akaun kewangan mereka dan mengambil tindakan undang-undang atas salahlaku pihak yang terlibat .

Sebaliknya pekerja-pekerja boleh membayar zakat  secara terus kepada golongan yang memerlukan bantuan. Pihak Baitulmal dan MIS harus mempertingkatan kutipan dari syarikat-syarikat yang dimiliki orang muslim dengan mewajibkan mereka  mengisytihar keuntungan sebenar , dan juga mewajibkan golongan kaya raya  mengisytihar jumlah harta2 yang dimiliki serta  nilainya yang berada dalam dan luar negara .


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments