Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

9,777 kes keracunan makanan dalam tempoh 9 bulan

 | October 21, 2013

"Mana-mana premis kantin yang didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan akan ditutup terus.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 397 episod keracunan makanan dilaporkan berlaku dan melibatkan 9,777 kes secara keseluruhan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, 214 episod (54%) dengan 6,795 kes (69%) melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertahanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), swasta dan kerajaan negeri.

Daripada 214 episod tersebut, sebanyak 157 episod (73%) dengan 5,185 kes (76%) keracunan makanan adalah melibatkan sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan berkala termasuk menyediakan tambahan kursus pemakanan, latihan dan suntikan tiga tahun sekali.

“Mana-mana premis kantin yang didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan akan ditutup terus, “katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai statistik keskeracunan makanan yang berlaku di seluruh negara khusunya di sekolah.

Beliau ketika menjawab soalan tambahan bagaimanapun tidak dapat menjamin kes ini takkan berlaku lagi, namun menegaskan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan premis secara berkala.

Terbaru, diaporkan pelajar darjah empat Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Nibong Tebal dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap akibat keracunan makanan pada 3 Oktober lalu selepas makan nasi goreng yang dibekalkan sekolah.

Insiden membabitkan 32 murid itu dilaporkan berlaku seminggu selepas kejadian keracunan makanan di sebuah rumah kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah bulan lalu.

Dalam kejadian terbabit, empat orang maut selepas hidangan ayam masak merah yang dimakan mereka dicemari bakteria berbahaya jenis Salmonella.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments