Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS desak KDN dedah nama syarikat kawalan keselamatan

 | October 25, 2013

Selain itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man turut menuduh KDN bersikap lepas tangan kerana membenarkan individu yang mempunyai kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN)  untuk mendedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang menggaji seorang pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak seorang pegawai bank.

Ini kerana lesen syarikat keselamatan berkenaan telah digantung.

“Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?

“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen.

“Banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.

“Antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki kad pengenalan palsu? Berapa lagi orang yang memiliki kad pengenalan palsu di negara ini? Ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media.

Pegawai bank Ambank Norazita Abu Talib ,37, mati ditembak oleh seorang pengawal keselamatan di bank yang sama ketika membuka salah sebuah bilik di dalam bank tersebut.

Kejadian itu berlaku di cawangan bank tersebut yang terletak di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya pada hari Rabu.

Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, telah ditahan oleh polis.

Ardi yang berasal dari Tawau, Sabah telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan kerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut pihak polis, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.  Jika disabitkan kesalahan, Ardi akan dihukum gantung sampai mati.

Selain itu, beliau turut menyoal kecekapan KDN dalam menjalankan audit terhadap syarikat kawalan keselamatan yang memperoleh Lesen Agensi Persendirian.

“Apakah audit ini dilakukan berkala atau selepas kejadian berlaku?

“Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki kad pengenalan palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ekoran daripada kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim yang mendedahkan bahawa 90 peratus daripada 125 syarikat berlesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api telah diaudit.

Sebanyak 751 syarikat kawalan keselanatan telah menerima Lesen Agensi Persendirian.

Pemimpin PAS yang diramal akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PAS itu turut menyoal bagaimana Ardi ditawarkan pekerjaan yang melibatkan walaupun dia menggunakan kad pengenalan palsu.

“Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara? Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat?

“Yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki kad pengenalan palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi,” kata Tuan Ibrahim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments