Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

BN beri bantuan kepada sekolah Cina tapi PAS pertikai

 | November 1, 2013

Walaupun mereka tidak menyokong BN pada PRU lalu, BN tetap memberi bantuan kepada masyarakat Cina di Sungai Limau.

ANALYSIS

YAN: Jumlah pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sekitar 1,800 orang namun keputusan yang bakal mereka buat dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada Isnin ini bakal memberi gambaran bagaimanakah kedudukan sokongan masyarakat tersebut kepada Barisan Nasional (BN).

Ia memandangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, pengundi di kawasan berkenaan terkena tempias kempen ‘Ini Kalilah’ anjuran pakatan pembangkang menyebabkan mereka hanya memberikan 10 peratus sahaja daripada keseluruhan 1,800 undi kepada BN.

Walaupun mereka tidak menyokong BN pada PRU lalu, BN tetap memberi bantuan kepada masyarakat Cina di Sungai Limau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada masyarakat Cina di DUN Sungai Limau kembali menyokong BN atau tidak hanya akan diketahui selepas keputusan pilihan raya kecil kawasan itu diumumkan pada Isnin ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau dan maklum balas daripada Gerakan dan MCA yang menjalankan kajian di situ sejak lebih sebulan lalu, ada sikap terbuka masyarakat berkenaan kembali menyokong BN.

“Seperti kita lihat dalam majlis ini yang datang adalah pengundi tempatan dan bukannya pengundi luar, kalau mereka tidak suka, mereka tidak datang pun tak apa, namun kita akan lihat nanti berdasarkan keputusan di peti undi majoriti masyarakat Cina apa yang kita sebutkan tadi (kembali menyokong BN) atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi-pengundi Cina DUN Sungai Limau di sini semalam.

Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk tiga buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan DUN tersebut dan bantuan RM200,000 bagi Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.

Pragmatik

Muhyiddin berkata, masyarakat Cina adalah golongan pragmatik dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan termasuklah dari segi menyelesaikan masalah infrastruktur dan pendidikan.

“Komitmen kerajaan BN adalah untuk berlaku adil kepada semua kaum, ia dibuktikan melalui bantuan-bantuan yang kita berikan termasuklah yang saya luluskan hari ini untuk SJKC.

“Apa yang kita luluskan bukan kerana pilihan raya kecil di sini, sebaliknya dalam belanjawan sejak dua tahun lepas ada peruntukan khas untuk sekolah tersebut, sebab itulah kita melihat kali ini adalah waktu yang terbaik bagi mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina, saya tidak tahu dan kurang pasti keadaan itu sehinggalah kita tahu keputusannya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim berharap pengundi Cina di kawasan berkenaan akan memberi sokongan kepada BN dalam PRK DUN)Sungai Limau, Isnin ini.

Ahmad Sohaimi berkata, berdasarkan kempennya setakat ini, pengundi Cina memberi sambutan yang menggalakkan dan berjanji akan mengundi BN bagi memastikan kebajikan mereka di kawasan berkenaan terus dijaga.

“Ada yang berjumpa saya dan mengatakan kali ini mereka akan BN dengan memberi undi kepada kita. Bagi saya, itu satu perkembangan yang positif tetapi pada masa sama berharap agar mereka akan menterjemahkan sokongan berkenaan pada hari mengundi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Sohaimi berkata, terdapat lebih 1,800 pengundi berdaftar Cina dalam kawasan DUN Sungai Limau dan mereka tidak perlu berasa takut untuk menyokong BN.

Menurutnya, kaum Cina di Sungai Limau juga tidak perlu terpengaruh dengan tuduhan jahat Dong Zhong bahawa BN meminggirkan pendidikan aliran Cina apabila menambahkan masa untuk pembelajaran dan pengajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments