Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Amaran gelombang ‘Tsunami Melayu’

 | December 8, 2013

Selepas kejatuhan tsunami Cina pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.

PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi memainkan sentimen perkauman, kali ini dengan jangkaan berlakunya ‘tsunami Melayu’ untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Utusan, melalui kolumnis Awang Selamat memberi amaran kepada Umno perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika parti itu terus lena dalam perjuangan survival politik Melayu.

Katanya, PAS dan PKR kini sedang merangka strategi mendapatkan lebih banyak sokongan majoriti menyaingi Umno dengan memperjuangkan lebih banyak isu Melayu.

“Selepas kejatuhan tsunami Cina pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.

“Waspadalah. Walaupun Umno kuat ia tidaklah kebal.

“Berjihadlah untuk menjadi parti yang disayangi terutama orang Islam, Melayu dan bumiputera. Tiada pilihan,” katanya dalam ruangan ‘Bisik-Bisik’ di Mingguan Malaysia hari ini.

Amaran itu juga turut ditujukan kepada pemimpin Majlis Tertinggi (MT) Umno agar tidak lupa diri kerana mereka yang akan dipersalahkan jika ‘tsunami’ itu benar-benar berlaku.

“Barisan MT jangan terlupa diri dan perjuangan.

“Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal pertahan kuasa politik Melayu selepas ini,” katanya.

Sentimen ‘tsunami Cina’ mula dimainkan akhbar itu selepas berakhirnya PRU13 pada Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) gagal meraih sokongan majoriti pengundi Cina.

Melalui cetakan muka depan dan belakang “Apa lagi Cina mahu”, Utusan mendakwa pengundi Cina terperangkap dengan politik perkauman DAP termasuk menyiarkan keluhan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang gagal pertahankan kerusi Parlimen Bukit Katil.

Malah akhbar milik kumpulan Utusan, Kosmo! pada 7 Mei lalu di muka depan turut menyiarkan tajuk berita “Pengundi Cina bersikap talam dua muka: pura-pura sokong program kerajaan tetapi lancarkan Tsunami Cina pada PRU13″.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments