Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Isma, NGO Islam pertahan tindakan Jais

 | January 7, 2014

Tindakan Jais selaras dengan fatwa, undang-undang dan keputusan Mahkamah Rayuan.

PETALING JAYA: Ikatan Muslim Malaysia (Isma) bersama sekumpulan NGO Islam hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas 320 Al – Kitab dan Bup Kudus pada 2 Januari.

Menurut Presidennya, Abdullah Zaid Abdul Rahman berkata tindakan Jais adalah selari dengan tuntutan syarak dan perlembagaan negara.

“Adalah menjadi kewajipan ketua negeri, Sultan untuk menjaga usul agama (akidah) daripada sebarang kecelaruan, syubhah dan propaganda yang mengelirukan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau turut merujuk kepada fatwa kebangsaan, undang-undang syariah dan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan  dalam kes Herald Catholic lawan Majlis Agama Islam negeri yang diputuskan dalam bulan Oktober.

“Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 pada Mei 2008 menghalang orang bukan Islam mengunakan kalimah Allah adalah tepat berdasarkan kepada maqasid syara’ iaitu menjaga agama, mengunakan kalimah Allah, kiblat kaabah dan sebagainya. Fatwa ini wajib dipatuhi kerana ia adalah peraturan yang sah di sisi syarak

“Perkara ini juga bertepatan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 yang merupakan tafsiran kepada peruntukan kepada perkara 11(4) yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang bukan Islam.

“Alasan penghakiman isu kalimah Allah oleh Mahkamah Rayuan mentafsirkan kebebasan agama yang disebut dalam perlembagaan adalah berkaitan perkara yang integral di mana kalimah Allah tidak dianggap sebagai perkara teras dalam ibadah orang Kristian.

Abdullah turut menangkis tohmahan bahawa serbuan ke atas Persatuan Injil Malaysia bersamaan dengan serbuan ke atas rumah ibadat bukan Islam.

“Anggapan yang menyatakan bahawa tindakan JAIS menceroboh rumah ibadah adalah tidak benar kerana serbuan itu dibuat pada premis Persatuan Bible dan bukannya di gereja.

Isma menyeru badan-badan Kristian supaya mengutamakan kerukunan hidup pelbagai bangsa dan agama di Malaysia dan berhenti daripada berterusan melakukan provokasi ke atas sensitiviti agama umat Islam.

“NGO Islam menganggap tindakan-tindakan provokasi daripada pihak pelampau bukan Islam dan Islamphobia boleh menyebabkan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia akan musnah,” kata beliau.

Isma turut menyelar muslimin yang mempertahankan pihak Kristian sebagai bankrap sensitiviti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments