Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS perlu nyata pendirian sebelum jadi orang tengah

 | January 7, 2014

Kalau dia dengan dia pun tak selesai macam mana nak jadi orang tengah

PETALING JAYA: PAS dicabar untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam sebelum menjadi orang tengah diantara mana-mana pihak berhubung isu tersebut.

Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi, PAS sendiri tidak mempunyai pendirian mengenai perkara ini.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas cadangan oleh Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa PAS boleh menjadi orang tengah diantara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan komuniti Kristian berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

“PAS perlu menyatakan pendirian mereka terlebih dahulu setuju atau tidak penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Ada yang setuju tapi Dewan ulama PAS pula tak bersetuju dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun dah buat u-turn dan sokong Dewan Ulama.

“Kalau dia dengan dia pun tak selesai macam mana nak jadi orang tengah?,” kata Puad apabila dihubungi hari ini.

Puad menambah isu perselisihan faham ini bukan sesuatu isu yang memerlukan pendekatan orang tengah kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri sudah bertitah bahawa kalimah ‘Allah’ merupakan hak milik eksklusif orang Islam.

“Benda seperti ini PAS tak perlu jadi ‘hero’, masa arak dirampas dahulu di Selangor mengapa dia nak jadi orang tengah? Akhirnya exco agama ketika itu Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata PAS sentiasa bersedia untuk menjadi orang tengah dalam isu ini.

“Dah memang tak ada masalah. PAS memang sedia jadi orang tengah untuk menjernihkan suasana dan menjamin ketenteraman awam di antara semua kaum dan agama,” jelasnya.

Mahfuz turut menegaskan bahawa PAS berpendirian kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh sesiapapun namun ia tidak boleh diterjemahkan kedalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah itu.

Mahfuz bagaimanapun berkata Umno sebenarnya yang tidak mempunyai pegangan mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

“Umno yang tiada pegangan dalam isu ini. Di Sabah dan Sarawak dibenarkan, tapi di semenanjung tak dibenarkan pula,” katanya lagi.

Semalam, Mujahid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan semua pihak perlu menghormati penyelesaian 10 perkara yang diumumkan kerajaan pada tahun 2011.

Penyelesaian tersebut membenarkan komuniti Krsitian untuk, mencetak, mengimport dan mengedar Alkitab yang mengandungi kalimah ‘Allah’ serta penggunaan kalimah ‘Allah’ dari bahasa Arab yang bermaksud tuhan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments