Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Menara radar TUDM mendatangkan musibah

 | January 8, 2014

Pembinaan menara tersebut walaupun bagus tetapi pembangunan yang tidak mampan telah menganggu kehidupan penduduk.

SIMUNJAN: Projek pembinaan Menara Radar Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) di Gunung Ngeli mendatangkan masalah kepada penduduk Kampung Sual dan Simunjan Propher.

Jurucakap penduduk kampung, Isa Salleh (bukan nama sebenar) berkata pembinaan menara tersebut walaupun bagus tetapi pembangunan yang tidak mampan telah menganggu kehidupan penduduk.

“Kami telah menghantar memorandum kepada Datuk Nancy Shukri tetapi beliau berkata untuk menyelesaikan masalah tersebut bukan ditangan pihak Persekutuan tetapi kerajaan negeri,

“Masalah ini sudah berlarutan dan kami tiada cara lain danmengajukan hal ini kepada pihak Democratic Action Party (DAP),” jelas beliau kepada FMT

Para penduduk yang lain enggan nama mereka didedahkan juga menyatakan bahawa mereka sudah benyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak berkaitan tetapi tiada tindakan yang diambil.

DAP yang diwakili oleh Abdul Aziz Isa yang juga Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen telah mengadakan lawatan di kawasan terjejas.

“Projek ini telah mengakibatkan masalah besar kepada penduduk antaranya kekurangan air dan tekanan air yang rendah,

“Kerja-kerja mengorek tanah di atas Gunung Ngeli juga mengakibatkan Loji Rawatan Air Simunjan gagal menapis air keruh kerana keadaan tanah yang dikorek amat banyak,

Beliau juga berkata bahawa keadaan air yang tersumbat di jalan raya mendatangkan banjir buatan terutama sekali pada waktu hujan.

“Rumah-rumah dikotori oleh tanah apabila berlakunya hujan lebat,

“Keadaan semakin kritikal kerana Loji Rawatan Air Simunjan sudah kekeringan dan terpaksa dicatu,” tegas Aziz

Penduduk yang terjejas dianggarkan 3000 orang.

Simunjan diwakili oleh Naroden Majais dan ahli parlimennya adalah seorang Menteri Persekutuan iaitu Nancy Shukri.

Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya.

Menurut penduduk Simunjan yang enggan nama mereka didedahkan berkata bahawa segala rancangan yang dirancang masih tiada.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments