Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

ADUN Kajang sah letak jawatan

 | January 27, 2014

Pilihanraya kecil diadakan untuk beri laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor

UPDATED

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Speaker Hannah Yeoh hari ini.

“Dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hannah berkata, Lee datang ke pejabatnya hari ini di Bangunan Annexe DUN Selangor di sini dan menyerahkan surat perlepasan keahliannya.

Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Perkara 68 bahawa seseorang Adun boleh melepaskan keahliannya melalui surat dibawah tandatangannya yang ditujukan kepada Speaker.

Manakala selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi pada masa 60 hari dari tarikh kekosongan.

“Saya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok pagi,” katanya.

Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan lima calon, Lee Ban Seng (BN)  mendapat 12,747 undi;Mohamad Ismail (Berjasa) mendapat  1014 undi, Ir Mohd Iwan Jeffrey Abdul Majid(Bebas) mendapat 249 undi: Ong Yau Foo (Bebas) mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim (Bebas) mendapat 83 undi.

Pilihanraya kecil iini diadakan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Ditanya mengenai alasan dan sebab yang diberikan Lee, Hannah bagaimanapun berkata perkara itu tidak dinyatakan dalam surat tersebut.

“Sebarang sebab atau alasan anda boleh tanya sendiri kepada Lee. Saya sebagai Speaker hanya menerima dan mengesahkan surat ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengesahkan kerusi yang ditinggalkan itu masih status quo, iaitu milik PKR.

Mengakui terkejut dengan tindakan Lee, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kaitan perletakan jawatan Lee dengan krisis kepimpinan PKR antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

“Saya tak nak komen tentang ini sebab ia hanya khabar angin. Cuma buat hari ini kerusi N25 Kajang sudah kosong dan perlu diisi dalam tempoh 60 hari,” katanya yang turut enggan mengulas mengenai calon pengganti.

Lee: Untuk kepentingan bersama

Dalam satu kenyataan akhbar, Lee berkata keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk “kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.”

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.

“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments