Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KAMI buat laporan polis akaun FB hina Nabi Muhammad

February 19, 2014

Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam

KUANTAN: Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) hari ini membuat laporan polis mengenai sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Pengerusi KAMI Muhammad Faiz Hashim berkata, pengendali akaun FB yang dikenali sebagai ‘Murtads in Pantai Timur’ (MPT) terbabit yang mendakwa dirinya  telah murtad, turut biadab apabila mengeji Rasulullah.

“Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam selain turut menghina cara pemakaian Islam serta mengutuk mereka yang menutup aurat.

“KAMI sebagai anti pengkhianat Islam berasa tercabar, marah, geram dengan kewujudan akaun FB ini kerana jelas menghina Islam selain bertujuan menghasut masyarakat untuk turut serta murtad,” katanya.

Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun FB berkenaan yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

— BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments