Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bakri tidak diberitahu sudah ada laporan polis?

 | February 24, 2014

Kenyataan Bakri memang bercanggah kerana pada 19 Februari lalu Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) membuat laporan polis.

bakriPETALING JAYA: Polis masih belum mengambil tindakan terhadap seorang wanita Melayu yang mempersoal kuasa Allah di akaun laman sosial Facebooknya, ‘Murtad in Pantai Timur’ kerana tidak menerima sebarang aduan mengenainya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar)  berkata, jika terdapat aduan, siasatan akan dimulakan kerana perbuatan tersebut boleh menjejas keharmonian antara kaum di negara ini.

“Kita percaya wanita berkenaan kini berada di luar negara. Malaysia mempunyai agensi yang boleh menjalankan siasatan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan biarlah agensi berkenaan menjalankan penyiasatan.

“Bagaimanapun jika siasatan mendapati ia di bawah bidang kuasa polis, tindakan akan kita diambil,” katanya.

Mohd. Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan wanita itu di laman sosialnya sejak seminggu lalu yang menimbulkan kemarahan orang ramai terutama orang Islam.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar pada Majlis Perhimpunan Pesara Polis Sempena Memperingati Tarikh Serangan Balai Polis Bukit Kepong, di Muzim Polis Bukit Kepong, Muar, semalam.

Yang turut hadir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Kenyataan Bakri memang bercanggah kerana pada 19 Februari lalu Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) membuat laporan polis mengenai sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Pengerusi KAMI Muhammad Faiz Hashim berkata, pengendali akaun FB yang dikenali sebagai ‘Murtads in Pantai Timur’ (MPT) terbabit yang mendakwa dirinya  telah murtad, turut biadab apabila mengeji Rasulullah.

“Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam selain turut menghina cara pemakaian Islam serta mengutuk mereka yang menutup aurat.

“KAMI sebagai anti pengkhianat Islam berasa tercabar, marah, geram dengan kewujudan akaun FB ini kerana jelas menghina Islam selain bertujuan menghasut masyarakat untuk turut serta murtad,” katanya.

Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota di Kuantan.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun FB berkenaan yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa Bakri tidak diberitahu bahawa KAMI sudah buat laporan polis pada 19 Februari memandangakan Bakri berkata belum ada aduan dibuat mengenai Facebook tersebut.

Turut baca

KAMI buat laporan polis akaun FB hina Nabi Muhammad


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments