Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Catuan air di Selangor akan diteruskan

 | March 26, 2014

Menjangkakan hujan akan turun pada minggu ini, namun sebaliknya berlaku.

water shortageSHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan catuan air sehingga minggu pertama bulan April, kata Menteri Besar Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, catuan ini diteruskan kerana paras air di empangan masih lagi di bawah 65 peratus..

“Kita menjangkakan hujan turun pada minggu ini, namun sebaliknya berlaku.

“Mengikut apa yang diterangkan oleh pihak Jabatan Metereologi, hujan dijangka turun pada minggu pertama bulan April.” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh demikian kerajaan negeri tidak akan mengubah fikiran dan keputusan untuk meneruskan usaha catuan air sehingga takungan air di empangan melebih 65 ke 70 peratus.

Hingga kini, sebanyak 3.6 juta orang di enam daerah iaitu Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor terlibat dalam proses pengagihan air berjadual peringkat ketiga.

Kerajaan negeri Selangor telah mula mengenakan catuan air sejak 25 Mac  lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments