Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tengku Razaleigh bimbang hudud PAS Kelantan wujud konflik agama

April 26, 2014

Beliau berkata, sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam.

Ku LiGUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam pakatan rakyat.

Katanya keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud),” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.

Katanya Perkara 8 Perlembagaan negara adalah rujukan yang jelas kepada rakyat berbilang kaum di negara ini supaya tidak menimbulkan perpecahan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sebelum ini, PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya
Disember ini.

– Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments