Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jamil Khir saran hudud guna hukum jenayah Islam

April 27, 2014

Beliau berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan rujukan, penelitian dan perbincangan yang mendalam daripada pakar supaya semua pihak dapat memahami dengan lebih jelas.

Jamil Khir BaharomGEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyarankan hukum hudud menggunakan hukum jenayah Islam kerana ia adalah sebahagian daripada perundangan jenayah syariah Islam.

“Kalau kita membicarakan soal hudud maka tanggapan orang melihat hanya pada satu sudut. Mungkin orang akan melihat hudud dari sudut potong tangan, rejam ataupun persepsi sebatan.

“Tetapi sebenarnya di dalam Islam bila bercakap sebatan ada peraturan-peraturan sebatan. Ia tak sama macam sebatan sivil yang mana mungkin sekali rotan pun telah memberi bekas yang cukup dari segi fizikal.

“Konsep sebatan dalam syariah ia tidak sampai kepada tahap yang sedemikian, bahkan sebatannya adalah bersifat mendidik dan mengajar…lebih besar daripada itu untuk tujuan memberi kesedaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatan Kuasa Kariah Masjid peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sehubungan itu Jamil Khir menyeru masyarakat untuk melihat dan memahami hukum hudud dalam konteks lebih luas iaitu perundangan Islam.

Beliau berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan rujukan, penelitian dan perbincangan yang mendalam daripada pakar supaya semua pihak dapat memahami dengan lebih jelas.

 Perbincangan hangat

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.

Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.

Majlis penutup multaqa itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kasim.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments