Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rais: Orang Melayu mesti kenal dan amal budayanya

April 27, 2014

Ini bererti kita mesti melonjakkan bahasa Melayu dan kita mesti megah dengan bahasa dan budaya kita, katanya.

COMMONWEALTH-POLITICS-PAKISTANPORT DICKSON: Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata orang Melayu mesti bangkit untuk mengetengahkan budaya dan bahasanya tanpa perasaan kecil dan malu.

“Ini bererti kita mesti melonjakkan bahasa Melayu dan kita mesti megah dengan bahasa dan budaya kita. Budaya yang kita maksudkan ialah budaya yang membawa kita kepada tahap yang murni dan tinggi. Bukan setakat berjoget, menyanyi atau bersajak.

“Kita mesti wujudkan sistem hidup di mana warisannya itu tinggi. Kita agak dukacita melihat pada masa ini terlampau banyak bahagian dan aspek warisan kita yang telah berkubur. Misalnya tulisan Jawi di mana orang Melayu didapati tidak lagi kisah sama ada mati atau hidup ke tulisan itu,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis jamuan sempena Simposium Muafakat Minang 2014 di sini malam tadi, beliau berkata Yayasan Warisan Budaya akan melaksanakan program pemupukan budaya menerusi badan bukan kerajaan, sekolah, kolej dan badan sukarela yang boleh membantu ‘mengenal’ orang Melayu itu sendiri.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berharap orang Melayu di seluruh negara memberi sokongan dan galakan untuk tujuan itu.

 Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments