Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Halimah Ali nafi Selangor pinggirkan sekolah Tamil

 | May 14, 2014

Exco sentiasa berebut-rebut untuk menjaga kebajikan sekolah, termasuk kebajikan sekolah Tamil.

VIDEO INSIDE

YB Hajah Halimah Ali (2)SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Tamil beberapa hari lalu yang menuduh kerajaan negeri telah memberhentikan peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Menurut Halimah, sejak diperkenalkan semenjak enam tahun lalu hingga kini, kerajaan negeri telah memberikan peruntukan setiap tahun kepada setiap sekolah  di negeri Selangor.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4 juta kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Manakala RM6 juta  diberikan kepada sekolah agama rakyat,” katanya sewaktu sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.

Jelasnya, kenyataan yang dikemukakan dan dipaparkan oleh akhbar tersebut seolah-olah menuduh kerajaan negeri menyisihkan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

“Kita (exco) sentiasa berebut-rebut untuk menjaga kebajikan sekolah, termasuk kebajikan sekolah Tamil, selain sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Halimah turut menyeru agar guru-guru di negeri Selangor bersama-sama membangunkan negeri  dalam usaha menjadikan Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan pada tahun 2025.

“Guru adalah watak utama dalam mencapai hasrat tersebut serta watak penting dalam menjadikan murid-murid sebagai modal insan. kerajaan negeri selangor sangat berterima kasih kepada guru-guru yang telah menyumbangkan bakti, dan selamat hari guru buat seluruh cikgu-cikgu,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments