Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ahmad Said kesal keluar Umno, mahu kembali

 | May 14, 2014

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rombongan Adun Umno Terengganu dalam satu pertemuan khas hari ini.

UPDATED

Ahmad Razif Najib Razak TPMPUTRAJAYA: Dua hari selepas mengumumkan keluar Umno dan menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) bebas, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyesali perbuatannya itu dan mahu kembali menyertai parti.

Menurut Adun Kuala Berang  Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Ahmad memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Tengku Putera lagi, Najib memberitahu perkara tersebut dalam satu pertemuan khas diantara Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 Adun BN – Umno Terengganu yang lain di Perdana Putra hari ini.

Dilaporkan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut bersama dengan rombongan dalam pertemuan dengan Najib sebentar tadi yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain dari Ahmad yang merupakan Adun Kijal, Adun Ajil Ghazali Taib turut sama keluar Umno dan menjadi Adun bebas pada awal pagi semalam dengan menghantar surat kepada parti.

Adun Bukit Besi Roslee Daud turut melakukan perkara yang sama namun telah kembali menyertai Umno semalam setelah menarik balik surat keluar parti.

Kedudukan dalam DUN Terengganu kini seimbang dengan BN 15 kerusi dan Pakatan Rakyat (PR) 15 kerusi dengan dua wakil bebas.

Sementara itu Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata Ahmad telah memohon maaf kepada Najib berikutan keputusannya keluar daripada Umno dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.

Mohd Jidin berkata dalam pertemuan itu, Ahmad turut menarik balik surat keluar daripada Umno, serta peletakan jawatannya di dalam parti.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, turut berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, kata Mohd Jidin kepada Bernama ketika dihubungi menerusi telefon di sini hari ini.

Beliau berkata Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

‘Yang lepas biarlah lepas

“Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

“Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita,” kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.

Turut baca:

T’ganu crisis: BN still in power, says new MB


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments