Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemilihan PKR: JPP harus yakinkan ahli

 | May 14, 2014

Ekoran didesak untuk meletakkan jawatan, Johari Abdul dan Tan Yee Kew harus kembalikan keyakinan ahli kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

shamsul iskandar mohd akinPETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Johari Abdul dan timbalannya Datin Paduka Tan Yee Kew perlu mengambil kira desakan supaya mereka meletakkan jawatan.

Ekoran penangguhan pemilihan parti di 27 cabang seluruh negara, calon Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata walaupun dia tidak bersetuju dengan desakan tersebut namun Johari dan Yee Kew perlu mengambil kira perkara ini.

“Terdapat peringatan tegas supaya pengerusi JPP dan timbalannya untuk letak jawatan tetapi saya fikir masih terlalu awal untuk berbuat demikian kerana JPP telahpun mengambil tindakan tegas terhadap aduan-aduan yang dikemukakan.

“Apa pun itu harus dijadikan peringatan kepada JPP supaya ahli-ahli di bawah diyakinkan dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkasakan JPP sendiri dengan penambahan anggota supaya pengawasan di tempat mengundi dapat dipertingkatkan,” katanya apabila dihubungi FMT.

Shamsul turut menggesa JPP supaya mengambil siasatan terperinci kepada mana-mana pihak yang dikaitkan dengan penyelewengan dan memanipulasi undi.

Tambah Shamsul, jumlah undi dari 27 cabang yang akan dilakukan pengundian semula ini pastinya akan mempengaruhi pemenang jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

“Dah tentuntnya ia akan pengaruhi keputusan nanti sebab cabang-cabang itu agak ramai jumlah ahli,” terangnya sambil menambah beliau berharap keputusan Pemilihan PKR 2014 dapat diketahui sebelum kongres PKR berlangsung pertengahan Jun nanti.

Dua puluh tujuh cabang yang akan mengadakan pemilihan semula ialah Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit, Pengerang, Tenggara, Tenom, Keningau, Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani.

Kontroversi tapi lancar

Dalam perebutan empat jawatan naib presiden parti yang ditandingi oleh 14 calon, Shamsul kini memungut 7,161 undi dan berada di tangga ke lima di bawah Nurul Izzah Anwar (13,013 undi), Tian Chua (11,845 undi), Rafizi Ramli (10,561 undi) dan Baru Bian (7210 undi).

Sementara itu, Tian Chua berkata walaupun pemilihan PKR kali ini dilanda kontroversi namun ianya berjalan dengan ‘lancar’ secara amnya.

“Ada ruang untuk diperbaiki dan ini merupakan ruang pembelajaran untuk parti sendiri. Dalam pemilihan sebesar ini sudah pastinya akan ada ‘telur busuk’.

“Banyak masalah yang timbul berpunca dari kekurangan tenaga kerja dalam JPP sendiri jadi apabila ada keganasan berlaku ianya tidak dapat dikawal,” katanya.

Tian Chua turut mengakui bahawa undian dari 27 cabang itu nanti akan mempengaruhi keputusan akhir nanti, namun ia tidak akan memberikan impak yang besar kepada keputusan sekarang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments