Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Ravi mahu pemilihan semula di Telok Kemang

 | May 14, 2014

Adun Telok Kemang berkata, beberapa perkara ketika proses pemilihan atau pengundian pada minggu lepas menimbulkan keraguan.

PKR PollTELOK KEMANG: Penyandang Ketua Cabang PKR Telok Kemang, M Ravi mahu Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, mengadakan semula proses pemilihan di cabang Telok Kemang.

Alasan Ravi ialah ada beberapa perkara ketika proses pemilihan atau pengundian pada minggu lepas menimbulkan keraguan.

Ravi berkata terdapat jumlah kertas undi yang berbeza, iaitu dari jumlah yang dikeluarkan dengan jumlah yang berada di dalam peti undi semasa undi dikira.

“Contohnya untuk cabang telah bertambah daripada sepatutnya iaitu 310 kertas undi berbanding 312 kertas undi yang dibuka dan berada di dalam kotak.

“Selain itu senarai nama ahli yang diberikan kepada cabang adalah tidak sama dengan senarai nama ahli yang digunapakai oleh pengawas JPP. Ini menyebabkan sebahagian besar pengundi dinafikankan hak untuk mengundi.

“Seramai 93 ahli PKR Telok Kemang gagal mengundi kerana nama mereka tiada dalam senarai JPP, sedangkan dalam senarai ahli yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PKR, nama mereka ada sebagai ahli PKR.

“Daripada 93 ahli ini, seramai 21 ahli pernah mengundi pada pemilihan PKR pada tahun 2010,” katanya.

Ravi yang juga merupakan Adun Port Dickson, turut berkata bahawa Pengawas JPP telah membenarkan petugas calon dari pihak bertentangan memakai baju kuning iaitu sama dengan baju  dipakai oleh Pengawas JPP ketika berada di dalam bilik pengundian.

`Petugas baju kuning’

Petugas baju kuning“Ini menimbulkan kekeliruan di mana pengundi yang tidak faham akan meminta bantuan dari petugas baju kuning dan ini menimbulkan manipulasi undi kerana senarai kempen diberikan terus kepada para pengundi.

“Bantahan lisan telah dibuat kepada Ketua Pengawas JPP tetapi tidak dilayan.

“Atas sebab ini saya memohon kepada JPP untuk mengadakan proses pemilihan semula dan pada kali ini diharap dapat diawasi oleh pengawas yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Ravi berkata keputusan Pemilihan PKR cabang Telok Kemang ditangguh sehingga bantahan didengar oleh JPP.

Ravi mengesahkan surat aduan dan bantahan terhadap proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2014 di Cabang Telok Kemang sudah dihantar kepada Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul.

Dalam pemilihan Sabtu lepas, Ravi dicabar oleh Adun Chuah, Chai Tong Chai. Manakala penyandang Timbalan Ketua Cabang, Rusli Abdullah pula dicabar oleh Rosman Jonet.

Pemimpin veteran MIC dan bekas Exco Negeri Sembilan, Datuk M Muthupalaniappan, turut turun gelanggang, berentap dengan ahli perniagaan, Ng Yong Sam untuk jawatan Naib Ketua cabang Telok Kemang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments