Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Tidak perlu samak kerana termakan khinzir’

 | May 26, 2014

Jika seseorang itu menyamak kerana termakan khinzir, maka orang itu berlebih-lebihan dalam agama, kata Dr Mohd Asri.

Mohd Asri Zainul AbidinPETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hari ini bahawa mereka yang termakan khinzir tidak perlu menyamak mulut.

Beliau mengulas mengenai isu coklat Cadbury yang baru-baru ini disahkan mengandungi DNA khinzir.

“Seseorang itu tidak berdosa dan tidak perlu menyamak. Tetapi apabila sudah mengetahui coklat itu ada DNA khinzir, janganlah makan coklat itu dengan sengaja,” katanya kepada FMT.

Asri turut mengatakan bahawa pihak kerajaan juga tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya lebih berhati-hati ketika memberi pensijilan halal.

Beliau turut menyatakan bahawa jika seseorang itu menyamak, maka dia berlebih-lebihan dalam agama.

“Jika seseorang itu berbuat demikian (menyamak) maka dia bertindak di luar daripada apa yang patut,” katanya.

Menurut Asri, malah isu samak jika terkena khinzir ini terdapat khilaf di antara mazhab.

“Jika seseorang terkena air liur anjing maka wajib samak. Tetapi Imam Nawawi dari mazhab Syafie sendiri mengatakan bahawa kita tidak perlu samak dalam apa segala keadaan.”

Daging khinzir telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa ianya haram dimakan tetapi ia tidak dinyatakan sebagai najis, katanya.

Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.

Pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, telah memberi jaminan untuk menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.

Turut baca:

DNA khinzir dalam coklat: Isma salahkan pemimpin Islam

Kementerian sahkan DNA khinzir dalam coklat Cadbury


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments