Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ahli PBS digesa komited pada perjuangan parti

 | July 4, 2014

Pendapat mengenai Perkara 20/18 perlu menghormati sumbangan dan aspirasi pemimpin terdahulu

radin_mallehKOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Radin Malleh menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan penerima bantuan kerajaan seperti Program Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang menjadi penyokong kuat kepada parti pembangkang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berharap penerima bantuan kini akan menyesali tindakan mereka menyokong pembangkang dan sedar bahawa mereka masih mundur serta memerlukan pelbagai bantuan  daripada  kerajaan BN.

Radin, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan ADUN Melalap, berkata kerajaan tidak akan mengabaikan kawasan pembangkang demi kepentingan rakyat yang masih menyokong kerajaan.

Bagaimanapun, projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan pembangkang akan masih dilakukan mengikut keutamaan, katanya.

“Saya mahu mengingatkan ahli-ahli PBS untuk menghargai perjuangan parti dan belajar daripada tindakan segelintir bekas ahli kerana menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum yang lalu,” katanya di sesi Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS, cawangan Kampung Rayoh, dekat Tenom.

“Mereka yang menyokong pembangkang kesal kerana Barisan Nasional (BN) masih memerintah negara ini.”

Menurutnya, ahli-ahli sepatutnya bukan sahaja terbabit dalam aktiviti parti ketika pemilihan parti dan pilihan raya umum tetapi mereka mesti proaktif, bertanggungjawab dan menyertai perjuangan kepimpinan parti.

Pemimpin terdahulu dan orang-orang di Sabah dan Sarawak telah mengorbankan kemerdekaan wilayah mereka

Sebagai contoh, mereka tidak boleh membenarkan sesiapa untuk mempertikaikan Perkara 20 (Sabah)/18 (Sarawak) atau menganggapnya sebagai satu ‘gimik’ politik yang berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Walaupun pendapat mengenai Perkara 20/18 konsisten dengan kebebasan bersuara di negara ini, ia akan mengelirukan rakyat dan membimbangkan penduduk pelbagai kaum terutama rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Radin berkata, pendapat mengenai Perkara 20/18 perlu menghormati sumbangan dan aspirasi pemimpin terdahulu dan orang-orang di Sabah dan Sarawak yang telah mengorbankan kemerdekaan wilayah mereka dalam pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .

Beliau menggesa ahli-ahli PBS agar komited kepada perjuangan parti untuk terus mempertahankan hak negeri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments