Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bonus Raya Selangor dan Pulau Pinang sudah tahu, Perak belum

 | July 4, 2014

Raja Ahmad mencadangkan Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan bonus raya sebulan gaji kakitangan awam seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

raya_bonus_300PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berharap Kerajaan Negeri Perak akan memberikan pengumuman gembira kepada semua kakitangan awamnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau membuat kenyataan media berikutan kakitangan awam Kerajaan Persekutuan, telah diumumkan akan menikmati bonus raya sebanyak RM500 dan manakala bagi kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor pula telah diumumkan bonus raya sebanyak sebulan gaji.

“Sudah tentu kakitangan awam Kerajaan Negeri Perak berdebar menunggu pengumuman daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir nanti.

“Kami mengharapkan dengan perkembangan ekonomi yang baik dan banyak pembangunan yang telah dilaksanakan di Negeri Perak, sudah tentu kami mendapat satu berita gembira buat kakitangan awam yang masih menunggu pengumuman yang bakal dibuat nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan bonus raya sebulan gaji kepada semua kakitangan awam di Perak.

“Bukan tujuan menunjuk atau meniru tetapi penghargaan kepada kakitangan awam di Perak amat dihargai dan ianya sebagai tanda ucapan terima kasih kerajaan kepada mereka semua selama ini,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau yakin kepimpinan Zambry tidak akan mengecewakan 14,000 kakitangan awam Perak dan ianya bukti akan kemampuan pentadbiran kerajaan negeri selama ini.

“Tidak mengikut langkah Kerajaan Persekutuan tidak bermakna telah melanggar dasar besar,” ujarnya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments